SIAPA AKU?
AKU BUKAN KAU
Aku bukan kau,
aku tetap aku
tak minta untuk jadi kau
kita tak sama
nun jauh sekali berbeza
aku tak pernah ingin jadi kau
siapa kau untuk pinta jadi mu
kita jauh berbeza
aku tetap bukan kau
biarlah aku jadi aku
dan kau tidak sama dengan aku
akal kau, sifat kau, segala-galanya kau
memang tidak sekali ku inginkan
aku bukan kau
biar putus nyawaku
biar jasad bercerai dari roh aku
aku tetap bukan kau
aku bukan kau
aku memang bukan kau
aku adalah aku
selama-lamanya aku bukan kau
hahaha
Lapangan Terbang KLIA
“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak”
MARI BERKELANA
“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”
LAS VEGAS
“Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman”
MY KING
“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”
HANCOCK
“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya”
MY PICTURE
Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
WEDDING DAY
“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”
KITA BERSAMA
FIKIR-FIKIR
“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”
4 comments:
yo lo ko ni?
jolo baca sajak rizal kawe balas dengan sajak ni..haha
haha, patut la sera penah baca, ni kiro nk reply ko sajak rizal la ni.. haha
HAHA
Catat Ulasan