SIAPA AKU?

SIAPA AKU?
Nama aku Kushaari. Aku dilahirkan di Tumpat Kelantan. Umur aku sekarang 27 tahun. Aku hanya seorang guru yang mengajar di Kapit, Sarawak. Aku lahir pada 11 September 1982, di Kampung Sungai Pinang. Aku anak Pertama dalam keluarga aku. Kini aku sudah beristeri dan bakal bergelar ayah.

MY MUSIC


Get a playlist!

video

Muhammad Amin Aiman & Muhammad Amin Iman

Aku DiKuarantin Kerana Disyaki Mengidap H1N1

Tarikh 12.8.2009 aku telah mendapat satu perkhabaran yang maha hebat untuk aku telan, kerana aku telah disyaki menghidap penyakit pendamik H1N1. terkejut aku..perasaan aku masa tu berdebar-debar, takut, cemas semua ada. mana taknya virus ini telah membunuh lebih satu ribu orang di seluruh dunia, cukup bahaya...pada pagi 12 haribulan tu aku gi ke klinik untuk memeriksa tahap kedemanan aku...selepas diperiksa mak ai lebih 38 darjah celcius(sory simbol ni aku tk jumpa dalam komputer)..mana taknya terkejut gila aku..pah tu doktor bagi tahu aku munkin H1N1...bagaikan nak terkucil aku lepas dengan gabungan ayat abjab dan nombor tu H1N1...pah tu aku balik umah...aku masa tu buat cool lagi...masa tu pikir duk pikir doktor bagi cuti 3 hari..cantik gak leh cuti lama cikit...dan dan dalam 2 jam kat umah sekolah telefon aku...suruh aku datang kat sekolah..dalam hati aku duk pikir...tak kan sekolah aku ni mangkuk hayung betul nak panggil aku ngajar masa cakit2 gini..lepas aku bersoal balas dengan kerani yang tepon aku tu..baru aku tahu orang hospital nak jumpa ngan aku..masa tu aku dah syak dah mesti kaitan dengan deman aku ni....sampai kat sekolah peh pedih beb nak terima orang hospital bagi topeng ala2 ninja tanpa aku soal apa2 pun kat dia orang...dia orang cakap aku salah seorang suspek H1N1...fulamak remuk hati gua dengan ayat tu...pah tu dia bagi tahu aku kena kuarantin kat umah 7 hari dalam masa tu kalau tak sembuh lagi dan deman masih melarat kena gi hospital untuk periksa kebarangkalian darat tambah tolak H1N1...lepas tu aku terus call mak aku kat kampung..bagitahu dia aku disyaki H1N1 apa lagi orang tua terkejut la..mak mana yang tak terkejut kalau anaknya kena penyakit..(bukan soalan)...lagi pun duk jauh2 seberang laut pak...
kecoh satu kampung aku..ramai la teman saudara mara kaki sibuk tepon aku tanya keadaan aku...aku pun jawab la apa yg patut..pah tu bagi tahu bini plak...berdebar dia mana taknya suami dia kena H1N1...bini aku pun sekarang kat kampung...jauh semua...nasib baik la ada kengkawan aku Ayi dia yang banyak tolong aku...nanti aku aku balas jasa baik dia..terima kasih ayi..
sekarang tarikh 15/8/2009 aku masih lagi batuk dan selsema tapi tidak la sekuat hari pertama aku deman..aku berdoa agar aku dijauhi dari virus bahaya tu...semoga dia tidak akan mendampingi aku...pergi kau H1N1...aku tak perlu kau dan kau tak perlukan aku...sekian dulu cerita aku setakat ni..nanti kalau ada perubahan sambung balik...tak apa blog aku sapa nak marah..kalau marah pun dia orang bukan leh wap ape2 pun..haha

Chelsea VS Manchester United

Hari ni 9/8/2009 bermula pembukaan liga EPL, iatu pertemuan Manchester United dan Chelsea. Mari kita pakat ramai-ramai sokong M.U. Semoga M.U jadi juara lagi. Ucapkan takzian kepada penyokong Chelsea kerana malam ni mereka pasti kalah...haha...buat penyokong Arsenal dan Liverpool. tengok je la M.U menang juara malam ni...hahaha...hidup M.U...

ADAPTASI LAGU SUDIRMAN

BALIK KAPIT

Perjalanan jauh memang terasa,
Kerna hati ku bergolak-golak,
Ingin berjumpa anak-anak dara,
Yang selalu bermain di sekolah.

Nun menghijau gunung ladang dan rimba,
Di pedalaman Sarawak di Kapit,
Laut nan biru di samping bot ekspress,
Deru enjin turut sama berlagu,
Semuanya buat aku bagai nak gila.

Balik Kapit ah…ah, (3X)
Aku benci,
Haha…balik Kapit, (3X)
Aku gerang.

Terbayang-bayang wajah di Kapit,
Satu-satu aku tak boleh lupa,
Pasti menyakitkan hati dirasa,
Menyambut kepulangan ku ke Kapit.

Esok Pergi Betong Ambil Kereta Viva (8/8/2009)

Tepat jam 7.30 aku nak gi sibu naik bot dengan kawan-kawan aku ustad Khaidir, aku dan Aje (kalau aje ikut sekali)...lepas gi sibu mungkin makan kejab pah tu gi betong ambil kereta bini aku bawak mari kapit (tak tahu bila letak kat sibu dulu)...maklum la bini aku dah ada kat kampung sekarang nak beranak...jadi aku ingat lebih baik bawa ke kapit...lagi pun kat Betong sana tak dak pun orang guna...dari tersadai 3, 4 bulan tak de orang guna...baik aku guna...boleh gak aku bawa gi sekolah...time-time hujan tak basah...tul gak...tunggu aku Betong, tunggu aku kereta viva kau pasti aku bawa ke Kapit...huhuhu

Tiket Raya Tak Beli Lagi

Ni nak cerita la cikit. tentang warent MAS yang aku tunggu dari sekolah aku masih tak dapat lagi...tunggu punya tunggu entah bila la nak dapat...tiket makin lama makin melambung tinggi harga dari 300 pergi balik untuk hari raya, hari ni dah masuk 1200 lebih dah...pening aku duk pikir tak kan tak blik kampung raya...2007 ari tu pun aku dah tak balik...nak digambarkan kesodihan aku tak tergambar...mana taknya orang raya dengan mak ayah kat kampung, aku plak raya dalam negeri orang...tak meriah langsung la bro...cukup la skali merasa raya kat sarawak...boring gila...gila tak boring macam ni...hai tiket oh tiket kenapa la kau semakin hari semakin naik...apala salahnya kau turun skali skala...tak letih ke kau naik je...turun la minum air ke makan ke kejab...boleh aku beli guna kad ajaid aku...beli dan bayar kalau ada duit...kalau tak tunggu tuan kau telefon dulu...baru bayar..huhu dalam dilema ni...balik ke tak balik ni...aku nak balik raya wei..tolong la wei...warent pun satu bila la nak dapat...lama dah aku tunggu dari janggut pendek sampai jadi panjang,,,huhu gunting balik pah tu...aku nak balik raya...tunggu aku MAS aku pasti bersama kau...tak kira mahal atau murah aku pasti tetap ditelap dalam perut kau MAS...apa nak jadi...jadi lah...janji balik kampung...raya ku tetap di kampung...

MATAHARI


cerita ini mengisahkan dua orang pesakit dan seorang doktor.
pesakit 1: haha...aku lah matahari. (sambil melompak di atas meja dan mengaku dialah matahari dengan mendepakan kedua-dua belah tangan). kau tahu tak kalau aku turun dari meja ni, pasti dunia ni gelap...sebab aku lah yang menerangi dunia ni..haha..
pesakit 2: ah..aku rasa mungkin dia ni dah jadi gila kot..ni tak boleh jadi ni..mesti kena bagitahu doktor ni...
sambil berlari-lari pesakit 2 terus mendapatkan doktor.
pesakit 2: doktor..doktor saya rasa kawan kita tu dah gila la doktor...
doktor : kenapa kamu cakap macam tu..
pesakit 2: iya la doktor..macam mana tak gila..dia mangaku dia tu matahari kat atas meja sana..kerana dialah dunia ni jadi terang.
doktor : baiklah kalau macam tu kamu suruh kawan kamu turun dari meja tu...
pesakit 2: jangan doktor...jangan..
doktor: kenape plak..
pesakit 2: kalau dia turun dari meja tu nanti dunia ni gelap...susah kita nanti..

Lapangan Terbang Kuching


Gambar 1: Isteri saya semasa di Lapangan Terbang Kuching.


Gambar 2: Aku semasa di Lapangan Terbang Kuching.



Gambar 3: Keadaan perut isteri aku semasa masuk bulan ke 8. Pengorbanan mu akan ku kenang selama-lamanya.




Gambar 4: Selepas pendaftaran, akhirnya samapai ke Kuching selepas perjalanan 4 jam.





Perjalanan Ke Kuching

Gambar ni di ambil semasa berada di Serian. Destinasi ke Kuching untuk pulang ke Kelantan. Jumpa lagi Sarawak.




Ni masa aku tengah drive. Tangkap curi ni, lebih kurang dalam 170km per jam. Kereta baru katakan.

GURU PERMATA ILMU

Dedikasi gambar ini sempena hari guru 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit no 2. Sebahagin wajah-wajah pendidik yang bertugas di sekolah ini.

SEPASANG KASUT ITU

Sepasang kasut itu,
mukadimah bermulanya insan bertatih,
mengenal maksud merangkak serta bangun,
malah dibimbing mengenal erti berjalan,
jatuh bangun di dunia yang fana ini.

Sepasang kasut itu,
mencerminkan segagah harapan,
si kerdil merangkak hingga berlari,
mengenal istilah bersyukur,
disebalik qada dan qadar umatnya.

Sepasang kasut itu,
melahirkan keinsafan disegenap ciptaannya,
kesempurnaan hakiki wajar disyukuri.

Sepasang kasut itu,
menjalar perit jerih, pahit manis, suka duka,
segenap penjuru perjalanan kehidupan manusia,
bahawa alam ini hanya fatamogana yang tidak kekal utuh,
untuk si kerdil bernafas dan kembali ke alam kekal.

Sepasang kasut itu,
menceritakan kesungguhan dan kecekalan,
para umat Mu,
mencari sehebat pahala untuk dijajahi
mencari bekal untuk alam hakiki

karya: Kushaari

LIGI F.C DALAM KENANGAN

Kisah perjuangan guru-guru Kapit, Sarawak yang mahu memartabatkan sukan futsal. Gambar di atas merupakan para pemain Ligi f.c yang terdiri dari empat buah sekolah yang membentuk satu pasukan, dengan nama Ligi f.c. Pasukan ini telah menjuari acara futsal terbuka Kapit pada tahun 2008 dan cuba mempertahankan kejuaraan pada tahun 2009. Namun sistem pertandingan yang melibatkan final tiga pasukan menyebabkan Ligi f.c yang tidak pernah tewas untuk dua tahun berturut-turut mendapat tempat kedua kerana perbezaan gol, sedang pasukan yang menjuarai futsal terbuka kapit 2009 telah dibelasah 5-2. Namun begitu, pengalaman itu tidak menjadi penghalang untuk pasukan Ligi f.c berputus asa malah menjadi satu pengalaman yang berguna untuk maju kehadapan pada masa-masa yang akan datang bagi memenuhi ruang lipatan sejarah penubuhan pasukan futsal di bahagian Kapit, Sarawak. Majulah sukan untuk negara.

Dari kiri anda barisan belakang Dauh, Juki, Ayi, Ustad Zam, Roy, Ajang, Rapaie, dan Nik. Dari kiri anda barisan depan Ustad Khaidir, Kusak, Saiful, Riduan, dan Ije bersama-sama piala naik juara futsal terbuka kapit 2009.

Terdapat ralat dalam alat ini

MY ALBUM


Terdapat ralat dalam alat ini
“Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya”

Lapangan Terbang KLIA

Lapangan Terbang KLIA
Aku bukan model jam ini

“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak”

MARI BERKELANA

MARI BERKELANA
Sory la mana yang perasan baju sama.

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”

LAS VEGAS

LAS VEGAS
Catatan perjalanan aku..sejuk ni

“Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman”

MY KING

MY KING
Dua bulan tapa ni

“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”

HANCOCK

HANCOCK
Perjalanan menempuhi sungai rajang, kapit

“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya”

MY PICTURE

MY PICTURE
Baru pakai cermin mata hitam..gelap rasa.

Hadiah Terbaik :

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

WEDDING DAY

WEDDING DAY
Catatan bersejarah 30 november 2008

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”

KITA BERSAMA

KITA BERSAMA
Dedikasi untuk isteri tersayang

FIKIR-FIKIR

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”

CAKAP-CAKAP KOSONG


ShoutMix chat widget

Pengikut

Terdapat ralat dalam alat ini