SIAPA AKU?

Nama aku Kushaari. Aku dilahirkan di Tumpat Kelantan. Umur aku sekarang 27 tahun. Aku hanya seorang guru yang mengajar di Kapit, Sarawak. Aku lahir pada 11 September 1982, di Kampung Sungai Pinang. Aku anak Pertama dalam keluarga aku. Kini aku sudah beristeri dan bakal bergelar ayah.
Aku DiKuarantin Kerana Disyaki Mengidap H1N1
Tarikh 12.8.2009 aku telah mendapat satu perkhabaran yang maha hebat untuk aku telan, kerana aku telah disyaki menghidap penyakit pendamik H1N1. terkejut aku..perasaan aku masa tu berdebar-debar, takut, cemas semua ada. mana taknya virus ini telah membunuh lebih satu ribu orang di seluruh dunia, cukup bahaya...pada pagi 12 haribulan tu aku gi ke klinik untuk memeriksa tahap kedemanan aku...selepas diperiksa mak ai lebih 38 darjah celcius(sory simbol ni aku tk jumpa dalam komputer)..mana taknya terkejut gila aku..pah tu doktor bagi tahu aku munkin H1N1...bagaikan nak terkucil aku lepas dengan gabungan ayat abjab dan nombor tu H1N1...pah tu aku balik umah...aku masa tu buat cool lagi...masa tu pikir duk pikir doktor bagi cuti 3 hari..cantik gak leh cuti lama cikit...dan dan dalam 2 jam kat umah sekolah telefon aku...suruh aku datang kat sekolah..dalam hati aku duk pikir...tak kan sekolah aku ni mangkuk hayung betul nak panggil aku ngajar masa cakit2 gini..lepas aku bersoal balas dengan kerani yang tepon aku tu..baru aku tahu orang hospital nak jumpa ngan aku..masa tu aku dah syak dah mesti kaitan dengan deman aku ni....sampai kat sekolah peh pedih beb nak terima orang hospital bagi topeng ala2 ninja tanpa aku soal apa2 pun kat dia orang...dia orang cakap aku salah seorang suspek H1N1...fulamak remuk hati gua dengan ayat tu...pah tu dia bagi tahu aku kena kuarantin kat umah 7 hari dalam masa tu kalau tak sembuh lagi dan deman masih melarat kena gi hospital untuk periksa kebarangkalian darat tambah tolak H1N1...lepas tu aku terus call mak aku kat kampung..bagitahu dia aku disyaki H1N1 apa lagi orang tua terkejut la..mak mana yang tak terkejut kalau anaknya kena penyakit..(bukan soalan)...lagi pun duk jauh2 seberang laut pak...
kecoh satu kampung aku..ramai la teman saudara mara kaki sibuk tepon aku tanya keadaan aku...aku pun jawab la apa yg patut..pah tu bagi tahu bini plak...berdebar dia mana taknya suami dia kena H1N1...bini aku pun sekarang kat kampung...jauh semua...nasib baik la ada kengkawan aku Ayi dia yang banyak tolong aku...nanti aku aku balas jasa baik dia..terima kasih ayi..
sekarang tarikh 15/8/2009 aku masih lagi batuk dan selsema tapi tidak la sekuat hari pertama aku deman..aku berdoa agar aku dijauhi dari virus bahaya tu...semoga dia tidak akan mendampingi aku...pergi kau H1N1...aku tak perlu kau dan kau tak perlukan aku...sekian dulu cerita aku setakat ni..nanti kalau ada perubahan sambung balik...tak apa blog aku sapa nak marah..kalau marah pun dia orang bukan leh wap ape2 pun..haha
- Aku DiKuarantin Kerana Disyaki Mengidap H1N1
- Chelsea VS Manchester United
- ADAPTASI LAGU SUDIRMAN
- Esok Pergi Betong Ambil Kereta Viva (8/8/2009)
- Tiket Raya Tak Beli Lagi
- MATAHARI
- Lapangan Terbang Kuching
- Perjalanan Ke Kuching
- GURU PERMATA ILMU
- SEPASANG KASUT ITU
- LIGI F.C DALAM KENANGAN
- TIP – TIP MENGHADAPI MALAM PERTAMA (UNTUK BAKAL SUAMI ISTERI)
- REKAAN SEMATA-MATA
- Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
MY ALBUM
Lapangan Terbang KLIA
Aku bukan model jam ini
“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak”
MARI BERKELANA

Sory la mana yang perasan baju sama.
“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”
LAS VEGAS

Catatan perjalanan aku..sejuk ni
“Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman”
MY KING

Dua bulan tapa ni
“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”
HANCOCK

Perjalanan menempuhi sungai rajang, kapit
“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya”
MY PICTURE

Baru pakai cermin mata hitam..gelap rasa.
Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
WEDDING DAY

Catatan bersejarah 30 november 2008
“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”
KITA BERSAMA

Dedikasi untuk isteri tersayang
FIKIR-FIKIR
“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”
1 comments:
semoga cepat2 semuh be...
Catat Ulasan