SIAPA AKU?

SIAPA AKU?
Nama aku Kushaari. Aku dilahirkan di Tumpat Kelantan. Umur aku sekarang 27 tahun. Aku hanya seorang guru yang mengajar di Kapit, Sarawak. Aku lahir pada 11 September 1982, di Kampung Sungai Pinang. Aku anak Pertama dalam keluarga aku. Kini aku sudah beristeri dan bakal bergelar ayah.

MY MUSIC


Get a playlist!

LIGI F.C DALAM KENANGAN

Kisah perjuangan guru-guru Kapit, Sarawak yang mahu memartabatkan sukan futsal. Gambar di atas merupakan para pemain Ligi f.c yang terdiri dari empat buah sekolah yang membentuk satu pasukan, dengan nama Ligi f.c. Pasukan ini telah menjuari acara futsal terbuka Kapit pada tahun 2008 dan cuba mempertahankan kejuaraan pada tahun 2009. Namun sistem pertandingan yang melibatkan final tiga pasukan menyebabkan Ligi f.c yang tidak pernah tewas untuk dua tahun berturut-turut mendapat tempat kedua kerana perbezaan gol, sedang pasukan yang menjuarai futsal terbuka kapit 2009 telah dibelasah 5-2. Namun begitu, pengalaman itu tidak menjadi penghalang untuk pasukan Ligi f.c berputus asa malah menjadi satu pengalaman yang berguna untuk maju kehadapan pada masa-masa yang akan datang bagi memenuhi ruang lipatan sejarah penubuhan pasukan futsal di bahagian Kapit, Sarawak. Majulah sukan untuk negara.

Dari kiri anda barisan belakang Dauh, Juki, Ayi, Ustad Zam, Roy, Ajang, Rapaie, dan Nik. Dari kiri anda barisan depan Ustad Khaidir, Kusak, Saiful, Riduan, dan Ije bersama-sama piala naik juara futsal terbuka kapit 2009.

2 comments:

Anak Tumpat berkata...

sast.f.c duk mano doh loni sak? huhuuh

kushaari berkata...

tak dak doh..ni set baru kawe..kalu set sarikei nak lawa futsal bleh la..haha

Catat Ulasan

MY ALBUM


“Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya”

Lapangan Terbang KLIA

Lapangan Terbang KLIA
Aku bukan model jam ini

“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak”

MARI BERKELANA

MARI BERKELANA
Sory la mana yang perasan baju sama.

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”

LAS VEGAS

LAS VEGAS
Catatan perjalanan aku..sejuk ni

“Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman”

MY KING

MY KING
Dua bulan tapa ni

“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”

HANCOCK

HANCOCK
Perjalanan menempuhi sungai rajang, kapit

“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya”

MY PICTURE

MY PICTURE
Baru pakai cermin mata hitam..gelap rasa.

Hadiah Terbaik :

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

WEDDING DAY

WEDDING DAY
Catatan bersejarah 30 november 2008

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”

KITA BERSAMA

KITA BERSAMA
Dedikasi untuk isteri tersayang

FIKIR-FIKIR

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”

CAKAP-CAKAP KOSONG


ShoutMix chat widget

Pengikut