SIAPA AKU?

SIAPA AKU?
Nama aku Kushaari. Aku dilahirkan di Tumpat Kelantan. Umur aku sekarang 27 tahun. Aku hanya seorang guru yang mengajar di Kapit, Sarawak. Aku lahir pada 11 September 1982, di Kampung Sungai Pinang. Aku anak Pertama dalam keluarga aku. Kini aku sudah beristeri dan bakal bergelar ayah.

MY MUSIC


Get a playlist!

Tiket Raya Tak Beli Lagi

Ni nak cerita la cikit. tentang warent MAS yang aku tunggu dari sekolah aku masih tak dapat lagi...tunggu punya tunggu entah bila la nak dapat...tiket makin lama makin melambung tinggi harga dari 300 pergi balik untuk hari raya, hari ni dah masuk 1200 lebih dah...pening aku duk pikir tak kan tak blik kampung raya...2007 ari tu pun aku dah tak balik...nak digambarkan kesodihan aku tak tergambar...mana taknya orang raya dengan mak ayah kat kampung, aku plak raya dalam negeri orang...tak meriah langsung la bro...cukup la skali merasa raya kat sarawak...boring gila...gila tak boring macam ni...hai tiket oh tiket kenapa la kau semakin hari semakin naik...apala salahnya kau turun skali skala...tak letih ke kau naik je...turun la minum air ke makan ke kejab...boleh aku beli guna kad ajaid aku...beli dan bayar kalau ada duit...kalau tak tunggu tuan kau telefon dulu...baru bayar..huhu dalam dilema ni...balik ke tak balik ni...aku nak balik raya wei..tolong la wei...warent pun satu bila la nak dapat...lama dah aku tunggu dari janggut pendek sampai jadi panjang,,,huhu gunting balik pah tu...aku nak balik raya...tunggu aku MAS aku pasti bersama kau...tak kira mahal atau murah aku pasti tetap ditelap dalam perut kau MAS...apa nak jadi...jadi lah...janji balik kampung...raya ku tetap di kampung...

0 comments:

Catat Ulasan

MY ALBUM


“Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya”

Lapangan Terbang KLIA

Lapangan Terbang KLIA
Aku bukan model jam ini

“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak”

MARI BERKELANA

MARI BERKELANA
Sory la mana yang perasan baju sama.

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”

LAS VEGAS

LAS VEGAS
Catatan perjalanan aku..sejuk ni

“Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman”

MY KING

MY KING
Dua bulan tapa ni

“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”

HANCOCK

HANCOCK
Perjalanan menempuhi sungai rajang, kapit

“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya”

MY PICTURE

MY PICTURE
Baru pakai cermin mata hitam..gelap rasa.

Hadiah Terbaik :

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

WEDDING DAY

WEDDING DAY
Catatan bersejarah 30 november 2008

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”

KITA BERSAMA

KITA BERSAMA
Dedikasi untuk isteri tersayang

FIKIR-FIKIR

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”

CAKAP-CAKAP KOSONG


ShoutMix chat widget

Pengikut